Kerajaan Filipina Lantik Peguam Kanan Sivananthan Wakili Warganegaranya

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Kanan Datuk N. Sivananthan dilantik oleh kerajaan Filipina untuk mewakili 15 daripada warganegaranya yang menghadapi pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan terlibat dalam kegiatan keganasan di Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah.

Sivananthan semasa dihubungi Bernama mengesahkan pelantikan itu dan berkata peguam berpejabat di Kota Kinabalu, James Tsai akan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk beliau diterima masuk secara ad-hoc untuk mewakili kesemua tertuduh berkenaan. Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 April.

Sivananthan, 47, dan James Tsai juga akan mewakili warganegara Filipina yang lain yang masih ditahan polis dalam Operasi Daulat.

Sivananthan adalah rakyat Malaysia yang pertama diterima masuk sebagai peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang berpangkalan di Hague dan beliau ialah naib presiden Majlis Peguam Jenayah Antarabangsa sejak 2010 dan baru-baru ini dilantik semula untuk dua tahun lagi.

Setakat ini, 16 individu telah dihadapkan ke mahkamah berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan kumpulan pertama lapan warga Filipina didakwa pada 20 Mac dan tujuh lagi pada 1 April.

Seorang anggota polis berpangkat Koperal juga didakwa di mahkamah sama pada 1 April atas pertuduhan dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut angka rasmi dikeluarkan polis setakat semalam, sebanyak 135 orang ditahan setakat ini mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 70 lagi penceroboh ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan