Iron Lady Margaret Thatcher Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Margaret Thatcher
Margaret Thatcher

LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher atau lebih dikenali dengan panggilan "the Iron Lady" telah meninggal dunia di sini.

Mendiang berusia 87 tahun, demikian menurut jurucakap keluarga Thatcher, Lord Tim Bell.

"Dengan rasa pilu dan sedih, Mark dan Carol Thatcher mengesahkan kematian ibu mereka, Baroness Thatcher selepas diserang strok pada pagi Isnin," kata Lord Tim Bell.

Berikut adalah profil & sejarah penting yang berlaku di bawah kepimpinan Thatcher:

> 13 Okt 1925: Margaret Hilda Roberts dilahirkan di Grantham, Timur England.

> Okt 1943: Mengikuti program ijazah sarjana muda kimia di Oxford University.

> 13 Dis 1951: Berkahwin dengan ahli perniagaan Denis Thatcher.

> 15 Ogos 1953: Melahirkan pasangan kembar Carol dan Mark.

> 8 Okt 1959: Parti Konservatif pimpinan Harold Macmillan menang pilihan raya. Thatcher terpilih sebagai ahli parlimen untuk kawasan Finchley, Utara London.

> 15 Okt 1964: Terpilih semula sebagai ahli parlimen di sebalik kekalahan Parti Konservatif di tangan Buruh.

> 19 Jun 1970: Konservatif kembali berkuasa di Britain. Thatcher dilantik Setiausaha Pendidikan dan Sains Kerajaan Baru Konservatif.

> 11 Feb 1975: Thatcher secara rasmi terpilih sebagai pemimpin Parti Konservatif.

> 3 Mei 1979: Parti Konservatif pimpinan Thatcher menang besar pilihan raya Britain sekaligus mengangkat sumpah sebagai perdana menteri wanita pertana Britain.

> 2 Apr 1982: Krisis bermula apabila junta tentera Argentina melancarkan serangan ke atas Kepulauan Falkland Islands; Thatcher menghantar bala tentera untuk mempertahankan kedaulatan pulau itu.

> 14 Jun 1982: Argentina menyerah diri dan berundur dari Falkland - melonjakkan populariti Thatcher di tanah air.

> 9 Jun 1983: Thatcher mengumumkan pilihan raya baru dan sekali lagi menang besar.

> 12 Okt 1984: Tentera Pemberontak Republik Irish melancarkan serangan bom ketika Parti Konservatif mengadakan Persidangan Tahunan mereka di hotel penginapan Thatcer di Brighton, Selatan England; beliau terselamat tetapi lima lagi maut.

> 20 Nov 1984: Britain mengikuti langkah Malaysia menswastakan Jabatan Telekom.

> 19 Dis 1984: Thatcher menandatangani deklarasi bersama untuk menyerahkan kembali Hong Kong kepada China menjelang Julai 1997.

> 11 Jun 1987: Thatcher mengetuai Konservatif untuk kemenangan kali ketiga parti itu dalam pilihan raya Britain.

> 9 Ogos 1990: Thatcher memberikan komitmen Britain untuk membantu Amerika Syarikat membebaskan Kuwait selepas negara itu diserang dan ditawan oleh Iraq di bawah kepimpinan Saddam Hussein.

> 28 Nov 1990: Meletak jawatan selepas berlakunya percubaan untuk mendesaknya berundur dari dalam partinya sendiri.

> 30 Jun 1992: Mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara (House of Lords) sebagai Baroness Thatcher of Kesteven.

> 26 Jun 2003: Suami, Denis Thatcher meninggal dunia.

> 7 Dis 2005: Anak perempuannya Carol mengesahkan yang Thatcher menderita daripada lupa ingatan.

> 8 Jun 2010: Selepas Parti Konservatif memenangi semula pilihan raya, Perdana Menteri David Cameron telah menjemput Thatcher ke Downing Street untuk menghargai jasa beliau kepada negara.

> 20 Dis 2012: Dimasukkan ke hospital selepas masalah hempedu.

> 8 Apr 2013: Disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun selepas diserang strok.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan