BN Komited Bantu Kaum India Capai Ekuiti Tiga Peratus – PM

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinannya komited untuk membantu masyarakat kaum India di negara ini mencapai sasaran pemilikan ekuiti sebanyak tiga peratus.

Perdana menteri berkata kerajaan akan membantu MIC, parti yang mewakili masyarakat India menerusi beberapa inisiatif supaya jumlah penyertaan ekuiti kaum India dapat dikembangkan.

"Mungkin ada beberapa usaha mereka (MIC) yang tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan...saya percaya intervensi kerajaan amat perlu, jika tidak, mungkin jumlah sasaran ekuiti itu sukar untuk dicapai," katanya dalam program 'Helo Malaysia' versi Tamil terbitan BernamaTV di saluran Astro 502 malam Isnin.

Dalam wawancara khas itu, Perdana menteri bercakap kira-kira sejam kepada wartawan Bernama - Michael Savarimuthu dan K.Ghandi - mengenai pelbagai program meningkatkan taraf hidup masyarakat India dan beliau berharap kaum itu terus memberi mandat kepadanya pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Najib berkata menyedari bahawa masyarakat kaum India agak ketinggalan, beliau komited untuk mengubah kehidupan dan meningkatkan taraf ekonomi mereka menerusi pelbagai inisiatif untuk menguruskan transisi daripada masyarakat yang hidup di ladang dan estet, kepada masyarakat yang hidup di bandar. "Sumbangan kaum India adalah besar dalam konteks pembangunan negara kita yang tidak harus kita lupakan, bermula dengan peranan mereka di ladang yang amat terkenal atas usaha mereka, maka Malaysia menjadi pengeluar getah nombor satu di dunia dan kita dapat hasil eksport yang tinggi. "Mereka juga mengendalikan sistem kereta api kita, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan sebagainya, jadi sumbangan masyarakat kaum India adalah besar dalam konteks pembangunan negara kita yang tidak harus kita lupakan," katanya.

Oleh kerana itu, Najib berkata beliau rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu kerana beliau berpegang kepada satu prinsip utama, iaitu sebagai ketua kerajaan dan kerajaan, kita mesti berlaku adil kepada semua, dan inilah yang menjadi falsafah yang dipegang dan diamalkan.

Beliau berkata bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat, kerajaan memperkenal beberapa bentuk inisiatif dan bantuan pinjaman perniagaan bukan sahaja untuk kaum India tetapi untuk semua kaum di negara ini.

"Di bawah program Tukar (Program Transformasi Kedai Runcit) kita lihat bahawa ada juga penyertaan kaum India, program seperti 1Azam, pinjaman dari Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) dan Amanah Ikhtiar Malaysia juga bertujuan untuk membantu mereka," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan boleh menambah peruntukan dalam Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk kaum India, Najib berkata perkara itu boleh dilakukan tetapi bergantung kepada keadaan ekonomi negara.

"Memang boleh (ditambah), kita boleh lakukan dengan syarat ekonomi kita berkembang dan hasil bertambah, bila hasil negara bertambah, kita percaya pada konsep berkongsi kekayaan negara kita supaya kekayaan kita dibahagikan secara adil dan saksama," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan