Belia Selangor Jadi Barisan Hadapan BN - PM

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TERUJA... Golongan belia menunjukkan topi keledar 1Malaysia ketika Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahad.
-fotoBERNAMA
TERUJA... Golongan belia menunjukkan topi keledar 1Malaysia ketika Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahad. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golongan muda di Selangor menjadi barisan hadapan Barisan Nasional (BN) untuk menguasai semula negeri ini daripada kerajaan negeri gabungan PKR, DAP dan PAS.

Perdana Menteri berkata beliau percaya pada pilihan raya umum kali ini anak- anak muda Selangor akan memilih BN kerana kerajaan negeri PKR-DAP-PAS telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka mentadbir negeri ini.

"Sudah tiba masanya untuk rakyat Selangor melakukan perubahan dengan menukar kerajaan negeri kepada gelombang biru," katanya semasa berucap di "Himpunan Patriotik Anak Muda Selangor bersama Perdana Menteri" di sini, Ahad.

Najib yang turut melaungkan perkataan "tukar" beberapa kali telah disambut dengan laungan "tukar" penuh bersemangat sebagai tanda sokongan daripada kira-kira 5,000 belia yang hadir pada majlis anjuran bersama Pemuda BN Selangor dan Kelab Putera 1Malaysia.

Beliau juga mahu golongan muda di Selangor bangkit dan bersama-sama berjuang dengan BN untuk menukar kerajaan negeri kerana tidak menepati janji, gagal mentadbir Selangor dengan baik dan tidak dapat menyelesaikan masalah rakyat.

Najib menyifatkan pilihan raya umum ke-13 ini merupakan pilihan raya penting, yang mengumpul suara orang muda untuk menentukan kejayaan BN.

"Acara ini sangat penting bagi mengumpulkan semangat anak muda di Selangor yang berkobar-kobar, lantang dan penuh keberanian untuk merampas kembali Selangor.

"Pilihan raya kali ini untuk semua, lebih-lebih lagi orang muda yang akan menentukan kejayaan kita.. orang muda ada tenaga," katanya.

Pada pilihan raya umum kali ini, 5,564,131 atau hampir 42 peratus daripada 13,291,385 pengundi yang layak merupakan pengundi muda di bawah 40 tahun.

Najib berkata "Jika BN dibenar kembali mentadbir Selangor perubahan besar akan dilakukan dengan jaminan pentadbiran negeri yang lebih baik terutamanya penyelesaian masalah air yang menyusahkan rakyat terutama yang tinggal di rumah-rumah pangsa."

Najib menyifatkan kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor gagal mentadbir negeri ini dengan baik sehingga timbul pelbagai masalah seperti sampah tidak dikutip, pasir dijual, banjir kilat tidak terkawal dan peningkatan rumah-rumah urut.

"Cukuplah dengan tipu helah dan pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan negeri, dan BN telah menghantar mesej yang jelas supaya kerajaan negeri sekarang ditukar," katanya.

Beliau juga berjanji jika BN diberi peluang untuk mentadbir negeri ini, gelombong biru akan mencetuskan perubahan pada masa depan yang terlalu bernilai untuk diperjudikan.

"Rakyat Selangor tidak boleh kekalkan kepimpinan pentadbiran yang hanya pandai berjanji banyak...beri peluang kepada BN. Kita janji untuk melaksanakan yang lebih baik, menyelesaikan masalah-masalah rakyat yang selama ini tidak dapat diselesaikan, termasuk masalah air," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyerahkan 22,000 topi keledar berwarna biru dengan logo iM4U kepada anak muda yang mewakili 22 bahagian BN di Selangor untuk menjayakan misi "MESTI MENANG" BN untuk menguasai Selangor.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan