27 Lagi Ahli PKR Pasir Salak Keluar Parti

Diterbitkan: Isnin, 8 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR SALAK: Seramai 27 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari ranting Parit 4A di Kampung Sungai Manik Lama Kanan di sini keluar dari parti itu untuk menyertai Umno.

Wakil kumpulan itu, Mohd Tarmizi Abu Bakar menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno kepada Ketua Umno bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam satu majlis malam Ahad.

Mohd Tarmizi berkata mereka menyertai PKR selama tiga tahun dan mengambil keputusan keluar dari parti itu kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti. "Kami keluar parti atas kerelaan kami sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak dan kami yakin parti Umno sahaja yang boleh membela nasib orang Melayu," katanya kepada pemberita.

Sebelum ini seramai 402 anggota PKR dari kawasan berkenaan keluar dan menyertai Umno.

Sementara itu Tajuddin berkata ramai lagi anggota PKR dijangka menyertai Umno dalam tempoh terdekat yang sekaligus membuktikan sokongan kepada PKR di Pasir Salak semakin merosot. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan