Umno Permatang Pauh Akan Beri Tentangan Kepada Anwar

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Umno Bahagian Permatang Pauh tidak gentar untuk berhadapan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Ketua Umno bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata pihaknya tidak akan terjebak dengan muslihat politik Anwar yang sebelum ini mengumumkan untuk bertanding di luar kawasan kubu kuatnya itu kerana percaya tindakan Ketua Umum PKR itu sebagai helah untuk melekakan jentera pilihan raya Umno.

Beliau berkata pihaknya telah membuat persedian sejak awal lagi untuk berhadapan dengan siapa juga calon terutama penyandangnya, Anwar.

"Kita tahu Anwar tidak habis-habis menipu dengan taktik itu (mengumumkan bertanding di luar) supaya kita tidak payah bekerja kuat atau leka, sebaliknya beliau silap kerana Umno di sini telah membuat persedian dari awal lagi.

"Umno Permatang Pauh tidak akan terpedaya dengan taktik Anwar sebaliknya kita akan menentang beliau habis-habisan di kubu kuatnya," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Anak Muda Berkoperasi Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di sini, Ahad.

Program yang dihadiri kira-kira 8,000 orang itu dirasmikan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Anwar mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya pada PRU-13 pada satu ceramah di Taman Pauh malam kelmarin.

Abdul Jalil berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh sudah bersedia menggempur kubu lawan dan tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk menang di parlimen itu.

"Kita memberi amaran kepada Anwar bahawa jentera di sini telah bersiap sedia dan tidak akan memberi laluan atau kemenangan mudah sebaliknya kita akan merampas kembali kerusi yang menjadi kubu kuat PKR itu pada pilihan raya kali ini," katanya.

Anwar memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas mengalahkan calon B NDatuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim) pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008 dengan majoriti 15,671 undi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan