Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa buah rumah di perkampungan Jalan Perak dinaiki banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi Sabtu.
Beberapa buah rumah di perkampungan Jalan Perak dinaiki banjir kilat akibat hujan lebat sejak awal pagi Sabtu.

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo menyifatkan hujan lebat di Pulau Pinang sehingga menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat di beberapa kawasan sebagai tragedi terburuk dalam tempoh lima tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

Antara kawasan yang terjejas teruk akibat hujan lebat yang bermula sejak pukul 3 pagi itu adalah Jalan P.Ramlee, Jalan SUngai Pinang, Jalan Patani, Jalan Air Itam dan Jalan Datuk Keramat.

"Dalam tempoh tiga jam, hujan turun melebih 168mm, hampir menyamai jumlah bagi setengah bulan," kata Jagdeep pada sidang media di pusat khidmat kawasannya di Jalan Datuk Keramat.

Sungai Pinang antara kawasan yang paling terjejas, katanya.

Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata, kira-kira 2,500 paket makanan akan diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

Paras air di Sungai Pinang melebihi amaran bahaya iaitu setinggi 3.19m.

Tiada banjir dilaporkan berlaku di Butterworth.

"Ini adalah tugasan pertama kita sebagai kerajaan pemerintah dan pasukan kita sedang membantu penduduk yang terjejas," kata Phee.

Kebanyakan penduduk dilihat sibuk membersihkan rumah masing-masing selepas banjir surut.

Salah seorang penduduk, Rawana Mohd Yusof Rawana Ishak, 59, memberitahu dia mengejutkan isteri dan anak lelakinya selepas terdengar siren amaran dari Jabatan Pengairan dan Saliran negeri itu kira-kira pukul 6.45 pagi.

Katanya dalam sekelip mata, air mula memasuki rumah teres dua tingkat yang didiaminya yang terletak di persimpangan Jalan Perak-Jalan Ramli.

"Namun kami telah memindahkan kereta dan motosikal ke tempat lebih tinggi di Jalan Perak.

"Kami turut meletakkan barangan elektrik seperti set televisyen dan peti sejuk di atas meja," katanya.

Menurut Rawana Mohd Yusof, ia merupakan kali pertama rumahnya dilanda banjir pada tahun ini.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan