PRU-13: Pakatan Rakyat Akan Kaji Semula Perjanjian MoU Di LIMA – Mat Sabu

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pakatan Rakyat akan mengkaji semula perjanjian dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kerajaan Barisan Nasional pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) sekiranya Pakatan mengambil-alih Putrajaya, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau menambah, para pemimpin Pakatan Rakyat meramalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik sahaja LIMA berakhir.

Mat Sabu mendakwa Kerajaan telah menandatangani kontrak dan MoU bernilai RM4.2 bilion untuk membeli senjata dan kapal terbang untuk pertahanan negara.

"Barisan adalah parti yang semakin terkubur dan ini adalah masa terakhir bagi pemimpin-pemimpinnya akan ‘mencuri’ wang rakyat.

"Apabila kita menjadi kerajaan akan datang, kita akan mengkaji semula kontrak itu," katanya pada ceramah yang diadakan di Bandar Baru Uda di sini lewat malan Jumaat.

Beliau turut menegur keputusan Kerajaan untuk memberi Pakatan masa selama 10 minit di RTM bagi menerangkan manifesto kepada rakyat.

Mat Sabu berkata, masa yang diperuntukkan itu tidak mencukupi.

Beliau mendakwa Kerajaan akan menggunakan media arus perdana untuk menafikan usaha pembangkang dalam mendekati rakyat.

"Sudah tentu tiada kebebasan akhbar itu di negara ini yang begitu menyedihkan.

"Dalam kajian antarabangsa mengenai kebebasan akhbar baru-baru ini, Malaysia hanya menduduki tempat ke-145 daripada 147 buah negara dan ia meletakkan kita pada tahap yang sama seperti negara-negara Afrika," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan