BN Kelantan Lancar Manifesto Tidak Lama Lagi

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan akan melancarkan manifesto khas untuk negeri ini tidak lama lagi sebagai tambahan kepada manifesto BN peringkat nasional.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata antara kandungan manifesto peringkat negeri ialah tujuh janji yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memajukan negeri itu semasa lawatannya pada 20 Januari lepas.

Ini termasuk pembinaan masjid yang akan menjadi ikon negeri, serta pembinaan Lebuhraya Kuala Krai-Kota Baharu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Bicara Transformasi Minda di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, Ahad.

Mustapa berkata BN Kelantan akan mencetak antara 200,000 dan 300,000 naskah manifesto pilihan raya parti komponen itu, yang merupakan aku janji parti untuk rakyat bagi diedarkan ke seluruh negeri.

Manifesto itu akan mula diedarkan selewat-lewatnya Rabu ini dan diharap ia dapat menyedarkan rakyat Kelantan mengenai janji BN dalam usaha membela nasib mereka, katanya.

Menyentuh mengenai isu royalti minyak, Mustapa berkata PAS tidak sepatutnya terus mempolitikkan isu itu kerana ia telah diserahkan kepada Jawatankuasa Khas yang ditubuh untuk menyelesaikan isu tersebut.

Beliau berkata BN Kelantan yakin untuk memenangi sekurang-kurangnya lapan daripada 14 kerusi Parlimen, dan 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Matlamat itu boleh dicapai berdasarkan sokongan yang ditunjukkan rakyat kepada BN sekarang, katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS menguasai 38 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan Barisan Nasional enam kerusi.

Namun pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November 2010, BN mendapat kembali kerusi itu daripada PAS.

Bagi kerusi Parlimen, PAS menguasai lapan kerusi, BN (dua), PKR (tiga) dan Bebas (satu). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan