Anwar Tidak Yakin Bertanding Di Kerusi Lain - Liow - Berita Semasa | mStar

Anwar Tidak Yakin Bertanding Di Kerusi Lain - Liow

Diterbitkan: Ahad, 7 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT TINGGI: Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-13 menunjukkan beliau tidak yakin untuk bertanding di mana-mana kerusi lain, kata Timbalan Presiden MCA.

Datuk Seri Liow Tiong Lai mengkritik ketua pembangkang itu kerana "berdolak-dalih" mengenai kerusi yang bakal ditandinginya.

"Itu sahaja menunjukkan kelemahannya bahawa beliau sedang bermain banyak sandiwara.

"Orang ramai perlu tahu 'wajah' sebenar Anwar," kata Liow selepas melancarkan program di SJK (C) Bukit He Tinggi pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Anwar yang memilih untuk kekal di Permatang Pauh selepas mendakwa untuk mempertimbangkan bertanding di Perak dengan tujuan untuk mengukuhkan kedudukan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mendakwa lebih 30 orang yang bersama beliau mengasaskan PKR tetapi kebanyakannya telah meninggalkannya.

"Mereka tahu beliau tidak boleh dipercayai. Itulah sebabnya beliau bimbang untuk bertanding sekali lagi di Permatang Pauh," katanya.

Liow berkata pengundi di kawasan itu akan "memberinya pengajaran".

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan