'Saya Serah Kepada BN Dan PM Untuk Putuskan - Abdul Ghani

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: "Serahkan kepada parti (Barisan Nasional) untuk putuskan. Serom, terpulang kepada Perdana Menteri punya pertimbangan."

Demikian reaksi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman ketika diminta mengulas desas-desus kononnya beliau akan bertanding menentang veteran DAP Lim Kit Siang bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13.

Walaupun diasak bertalu-talu oleh pemberita sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Serom atau bertanding di tempat baru, Abdul Ghani dengan tenang menyatakan beliau menyerahkan semuanya untuk pertimbangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Datuk Seri Najib akan meneliti semua calon yang telah dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Sikh di sini Sabtu.

Sejak perdana menteri mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu lepas, Abdul Ghani mengelak bertemu media lebih-lebih lagi apabila terdapat spekulasi beliau bakal melepaskan jawatan nombor satu dalam negeri Johor itu bagi memberi laluan kepada muka baru.

Abdul Ghani yang merupakan Adun Serom dan hampir empat penggal memegang jawatan Menteri Besar, dikatakan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah kerana disifatkan calon paling layak menentang Lim.

Berikutan itu, beberapa nama disebut-sebut untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar antaranya Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang.

Mengenai senarai calon Barisan Nasional (BN) di negeri ini, Abdul Ghani berkata ia akan diumumkan lebih awal selaras dengan kenyataan Najib bahawa nama calon BN akan diumumkan seminggu sebelum hari penamaan calon.

"Sebelum ini kita umum sehari sebelum penamaan calon sebab kita dapat senarai (nama) dua hari sebelum penamaan. Tetapi kali ini kita akan umumkan awal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan