Pergolakan Pembangkang Tentukan Kerusi Sudah Dijangka - Tunku Abdul Aziz

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu, kata bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata jika pergolakan itu dijadikan sebagai asas untuk menilai pakatan pembangkang, ia merupakan petanda buruk sekiranya mereka diberi mandat untuk memerintah negara.

"Mereka akan berbalah sesama sendiri untuk memilih siapa akan menjadi perdana menteri dan menteri-menteri penting yang lain. Sekiranya kita nilai mereka atas asas ini, tidak akan wujud keamanan dalam negara (jika mereka memerintah negara)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Kanan Kerajaan anjuran Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) di sini, Jumaat.

Tunku Abdul Aziz yang juga bekas naib presiden Transparency International berkata selain itu pakatan pembangkang juga tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk mentadbir sebuah negara.

"Mentadbir sebuah negeri amat berbeza dengan mentadbir sebuah negara. Ini sebuah negara yang amat kompleks. Anda perlukan kebijaksanaan, pengalaman untuk memastikan setiap sektor populasi kita berasa gembira dan puas hati.

"Dengan pakatan, saya fikir untuk dua atau tiga tahun pertama, mereka akan buat seperti apa yang dibuat oleh Guan Eng (Ketua Menteri Lim Guan Eng) di Pulau Pinang, menyalahkan kerajaan sebelumnya. Jadi kerajaan jenis apa yang kita boleh jangkakan," katanya.

Dalam ceramahnya sebelum itu, Tunku Abdul Aziz menekankan betapa pentingnya untuk tidak memperjudikan masa depan negara dengan memberi undi kepada pihak yang salah.

Katanya pakatan pembangkang sebenarnya tidak mempunyai agenda selain kepentingan untuk diri sendiri.

Beliau turut meminta rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang terutama DAP, malah manifesto mereka juga adalah tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Di Pulau Pinang, masa dia (DAP) dapat kuasa dia kata nak tolong orang Melayu, orang India, nak bina rumah kos rendah tapi dah lima tahun, sebuah rumah kos rendah pun dia tak bina," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan