Manifesto BN: Wujud Kementerian Baru Tangani Cabaran Sosial, Ekonomi Bandar

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah kementerian baharu akan diwujudkan bagi menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini, janji Barisan Nasional (BN).

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu, tindakan itu adalah perlu kerana lebih daripada 70 peratus penduduk negara ini tinggal di kawasan bandar.

Selain itu, BN juga berjanji menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja, serta memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar dan mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.

BN juga berjanji untuk membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar, selain memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.

Parti komponen itu juga akan menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan, selain membuka lebih banyak Anjung Singgah, iaitu pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan di kawasan yang diperlukan di bandar-bandar.

Pada masa ini kerajaan BN telah membuka sembilan Anjung Singgah yang turut menyediakan makanan dan rundingan kerjaya kepada golongan tersebut.

Selain itu, BN berjanji untuk menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan