Manifesto BN: Janjikan Malaysia Lebih Hijau Untuk Lima Tahun Akan Datang

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menjanjikan Malaysia yang lebih hijau dengan persekitaran semula jadi lebih efektif untuk flora dan fauna bagi tempoh lima tahun akan datang.

Dalam manifesto bertema 'Rakyat Didahulukan' dilancar Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada malam Ahad, BN berjanji untuk menawarkan insentif kewangan kepada premis komersil serta persendirian yang melabur dalam sumber teknologi hijau boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.

"BN akan memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar utama di samping memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebat usaha itu melalui program khas, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Sungai Nadi Kehidupan.

"BN juga akan menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar di samping memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan," janji BN.

Manifesto itu turut menyatakan rancangan menguat kuasa undang-undang yang ketat serta dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan strategik dan utama.

"Untuk tempoh lima tahun akan datang, BN juga berjanji akan menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sisa pepejal," tambahnya.

Setakat ini, dalam memulihara sumber semula jadi, kerajaan BN memperkenal projek Sungai Nadi Kehidupan melibatkan peruntukan RM500 juta untuk mentransformasi Sungai Kelang dan persekitarannya menjadi kawasan yang ceria, hidup serta mempunyai nilai ekonomi tinggi.

Ia juga menubuhkan Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui secara efisien.

Kerajaan BN juga mewujudkan Skim Kewangan Teknologi Hijau bernilai RM3.5 bilion untuk menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat yang menyumbang kepada pengeluaran produk berasaskan teknologi hijau.

Selain itu, penggubalan Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 dibuat sebagai komitmen secara sukarela bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus intensiti menjelang tahun 2020. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan