Manifesto BN: Janji Untuk Terus Perkukuh Perkhidmatan Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan negara berjanji untuk membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.

BN, dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu, turut berjanji untuk melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka yang memerlukan mendapat diskaun untuk membeli ubat-ubatan tertentu.

Juga memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.

BN dalam manifestonya itu juga berjanji untuk mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

Pusat Kanser dan Pusat Jantung juga akan ditubuhkan di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta di Sarawak dan Sabah.

Kerajaan BN sebelum ini telah memberi perhatian yang khusus bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan di mana untuk 2010 hingga 2013, sebanyak RM66.1 bilion telah diperuntukan untuk perkhidmatan tersebut.

Kerajaan BN juga telah komited untuk membuka 70 buah klinik 1Malaysia sebagai tambahan kepada pembinaan 175 klinik itu pada akhir 2012, selain menaik taraf 350 klinik kerajaan.

Selain memperuntukkan dana membeli 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis kerajaan di seluruh negara, serta menyediakan kemudahan ujian air kencing dan kolestrol di klinik 1Malaysia.

Kerajaan BN juga serius dalam mengurangkan kes-kes baharu HIV sejak 2005 menerusi program tukar jarum dan penggantian methadone. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan