Manifesto BN: Enam Sebab Mengapa Rakyat Perlu Beri Mandat Kepada BN Pada PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) pada Sabtu menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam Sabtu, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" itu.

BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.

"Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji. Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia," menurut manifesto.

"Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita."

Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik".

Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan