BN Yakin Menang Semula Lembah Pantai

Diterbitkan: Sabtu, 6 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman (dua, kiri) beramah mesra dengan peniaga ketika melakukan tinjauan mesra di Kondo Rakyat Desa Pantai, Sabtu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua, kanan) dan isteri Datin Nafesah Raja Nong Chik (empat, kanan). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman (dua, kiri) beramah mesra dengan peniaga ketika melakukan tinjauan mesra di Kondo Rakyat Desa Pantai, Sabtu. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua, kanan) dan isteri Datin Nafesah Raja Nong Chik (empat, kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional yakin boleh memenangi semula kawasan parlimen Lembah Pantai berdasarkan pandangan dan maklum balas daripada komuniti setempat sejak beberapa tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat di kawasan parlimen itu yang mahu berubah selera untuk kembali menyokong kerajaan BN.

Katanya sambutan terhadap program transformasi diperkenalkan kerajaan B Nmembuktikan rakyat semakin yakin dan menghargai usaha kerajaan meringankan kos, khususnya menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Saya melihat sambutan rakyat yang sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa kerajaan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini Sabtu.

Pada pilihan raya umum 2008 Parlimen Lembah Pantai yang sebelum ini kubu kuat BN memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui calonnya, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutuan berkata rakyat mengenali dan memahami kerajaan BN, yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.

"Harapan BN semakin cerah untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai kerana kegigihan dan ketekunan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjadi peneraju dan penggerak utama berkhidmat buat masyarakat itu, tanpa mengira kaum sejak 2008," katanya.

Raja Nong Chik juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

"Rata-rata masyarakat setempat berkata mereka akan mengundi BN dan hanya menunggu hari pengundian. Saya ada tanya kepada mereka (penduduk), apa Nurul Izzah wakil rakyat PKR buat, mereka berkata tidak ada apa apa. Ini amat berbeda dengan wakil ketua bahagian BN kita yang memberi tumpuan kepada penduduk secara keseluruhan," jelas beliau.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan walaupun BN mempunyai harapan cerah untuk menebus kekalahan di Lembah Pantai pada pilihan raya ini, beliau turut mengingatkan semua anggota BN agar tidak terlalu 'terlebih yakin'.

"Kita tidak mahu sikap 'over confidence' di mana-mana tempat kerana dalam hari-hari sebelum hari mengundi, pelbagai perkara akan timbul seperti cabaran, mungkin ada pihak yang akan fitnah, tohmah kerana kita sudah mengandaikan pilihan raya ini begitu sengit," jelas beliau.

Muhyiddin juga meminta anggota BN agar berjaga-jaga kerana pembangkang akan menggunakan segala tipu helah seperti menakut-nakutkan pengundi seperti penggunaan dakwat hitam dan mencetus huru-hara pada hari pengundian, yang telahpun disebar luas oleh banyak pihak.

"Tetapi, yang anehnya, apabila kenyataan itu dikeluarkan, tidak ada pemimpin di pakatan pembangkang yang menafikan perkara itu, dan macam benar lah kenyataan yang dibuat itu," katanya.

Oleh itu, Muhyiddin meminta semua anggota BN agar tidak mengambil perkara ini mudah serta bekerja secara bersungguh-sungguh untuk menjamin kemenangan yang besar kepada BN.

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan pilihan raya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi di kawasan Lembah Pantai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan