Zahid Alu-Alukan Anwar Bertanding Di Bagan Datoh

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ahmad Zahid yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh berkata sebelum ini, Anwar dikatakan akan bertanding di Ipoh Timur atau Gopeng dan terbaru Ketua Pembangkang itu dikatakan sedang memikirkan kemungkinan bertanding di Tambun atau Bagan Datoh.

"Saya amat-amat mengalu-alukan Datuk Seri Anwar untuk datang ke Bagan Datoh bagi menawarkan dirinya untuk bertanding atas tiket PKR kerana kerusi Bagan Datoh adalah kerusi yang ditandingi oleh PKR sebelum ini dan sebelum itu Semangat 46.

"Ini kampung saya, tempat saya dan kawan-kawan saya dibesarkan. Siapa saja mahu bertanding di Bagan Datoh saya persilakan. Saya bukan mahu riak atau takbur...datanglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan input perikanan dan pertanian kawasan Parlimen Bagan Datoh di sini, Jumaat.

Beliau mengulas hasrat Anwar untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dan bertanding di Perak.

Pada pilihan raya umum 2008, Ahmad Zahid mengalahkan calon PKR Madzi Hasan dengan majoriti 2,692 undi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan