SPR Kecewa Jumlah Pengundi Pos Luar Negara Yang Mendaftar

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa apabila hanya 6,298 pengundi pos luar negara yang mendaftar untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13, sehingga tarikh tutup pada 12 tengah malam Rabu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

"Sedangkan maklumat yang diterima mengatakan jutaan rakyat negara ini menetap di luar negara, tetapi kesedaran untuk mengundi terlalu kecil, mungkin faktor kesibukan tugas masing-masing.

"Ada juga kemungkinan mereka yang tidak mendaftar sebagai pengundi pos itu akan pulang untuk mengundi secara biasa dan harapnya begitulah," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat media SPR di sini Khamis.

Tempoh memohon kemudahan mengundi ecara pos dibuka sejak 21 Januari lepas sehingga 12 tengah malam hari Dewan Rakyat dibubar.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata untuk PRU kali ini juga hanya seramai 2,900 Pengundi Tidak Hadir (PTH) akan mengundi pos.

PTH terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan pasangan yang menetap bersamanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan