Raja Nong Chik Minta Pengundi Tolak Nurul Izzah

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengundi diseru agar menolak Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana beliau hanya banyak bercakap berbanding bekerja membangunkan Lembah Pantai.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata para pengundi di kawasan Lembah Pantai perlu menggunakan kuasa sebagai pengundi untuk menukar Anggota Parlimen Lembah Pantai dengan menggantikannya dengan seorang pemimpin yang kuat bekerja dan sudah merubah wajah Pantai Dalam.

"Nasihat saya jangan diikut mainan politik kurang matang ini kerana ia hanya mahu mengelirukan rakyat bagi menunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) lemah, lambat dan sentiasa silap di sana sini seperti apa yang sentiasa dilakukan oleh wakil rakyat di sini.

"Pada Pilihan Raya kali ini Anggota Parlimen Lembah Pantai sibuk menjaja cerita mahu mansuhkan pasukan Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maka tuan-tuan dan puan-puan boleh mansuhkan dia terus daripada muncul atau berada di Lembah Pantai ini," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.

Raja Nong Chik berkata demikian ketika berucap merasmikan Naiktaraf dan Pelebaran Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam di sini, Jumaat.

Dalam ucapan yang sama beliau turut mempersoalkan apa pembangunan yang diperjuangkan Nurul Izzah sejak empat tahun lepas.

"Malah setiap kali pembangunan cuba saya laksanakan di Lembah Pantai seperti pembangunan rumah pangsa empat tingkat, pembinaan Bazaria, pelebaran Jalan Maarof dan Jalan Pantai Permai dan skim pembiayaan rumah dia (Nurul Izzah) selalu membangkang dengan pelbagai cerita tidak benar," katanya.

Raja Nong Chik turut meminta penduduk Pantai Dalam untuk berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti ikhlas menaburkan khidmat kepada rakyat.

Selepas majlis perasmian tersebut beliau turut menziarahi seorang pesakit kanser hati tahap empat, Jamiah Shamsuddin, 64, yang tinggal di Rumah Pangsa Bukit Angkasa, Pantai Dalam.

Jamiah ketika ditemui berkata beliau terharu dan gembira dengan lawatan Raja Nong Chik yang sudah banyak membuat perubahan di kawasan tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Hari ini banyak perubahan dapat dilihat di Kampung Kerinchi. Di Rumah Pangsa Bukit Angkasa sudah banyak ruang untuk meletak kenderaan. Saya gembira dengan pembangunan yang dilaksanakan Datuk Raja Nong Chik," katanya yang sudah 21 tahun menetap di Pantai Dalam. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan