PRU-13: 'Siapa Senenarnya' Jui Meng Akan Didedahkan Jika Bertanding

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Penyokong Barisan Nasional (BN) di Bakri, di sini mengancam untuk mendedahkan "siapa sebenarnya" Datuk Chua Jui Meng, jika pembangkang memberikan bekas ahli Parlimen itu kerusi Bakri untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Pengerusi BN Bahagian Bakri Datuk Saipolbahari Suib yang membuat pengumuman itu berkata Chua, bekas Menteri Kesihatan, dianggap oleh pengundi sebagai pengkhianat kerana meninggalkan MCA dan menyertai PKR.

"Ramai orang di Bakri terguris dan berasa tertipu apabila dia membuat keputusan untuk menyertai pembangkang.

"Orang-orang di Bakri telah menyokong beliau sebagai ahli Parlimen selama lima penggal selama lebih daripada 22 tahun dan membantu merangka kerjaya politik beliau.

"Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk meletakkan kepentingan diri sebagai keutamaan dengan menyertai PKR apabila gagal dalam usahanya untuk menjadi presiden MCA pada tahun 2008.

"Sekarang, Chua telah bercakap tentang keburukan BN di sana- sini. Penduduk Bakri harus ingat salah laku beliau sebelum membuat keputusan memilih wakil mereka," katanya sebelum mempengerusikan mesyuarat pilihan raya umum BN Bakri di sini, Khamis.

Saipolbahari berkata Chua telah hilang maruah apabila terdapat laporan beliau mahu bertanding kerusi Parlimen Bakri dalam pilihan raya umum.

"Beliau adalah seorang ahli politik yang mementingkan diri sendiri dan kami percaya beliau akan meninggalkan PKR jika gagal mendapatkan tempat teratas dalam parti," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan