PRU-13: Anggota Tertinggi Polis Ditempatkan Di Setiap Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Bukit Aman telah menggerakkan anggota tertingginya untuk memantau operasi kontinjen polis di semua negeri pada pilihan raya umum.

Penolong Ketua Sekretariat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yusuf berkata pegawai-pegawai berpangkat tinggi telah ditugaskan untuk memberikan nasihat kepada ketua polis negeri masing-masing dan juga untuk memantau keadaan semasa PRU-13.

Beliau menambah pengalaman mereka boleh membantu mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini atau keganasan politik.

"Kumpulan pegawai-pegawai berpangkat tinggi, yang terdiri daripada timbalan dan ketua-ketua jabatan, telah diberikan kepada setiap negeri sehingga PRU-13 selesai.

"Ia menunjukkan komitmen Bukit Aman untuk memastikan pilihan raya yang aman dan selamat," katanya kepada pemberita semasa taklimat PRU-13 untuk media di Bukit Aman, Jumaat.

Pegawai dan negeri yang ditugaskan untuk mereka adalah;

1) Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (Negeri Sembilan)

2) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Mohd Bakri Zinin (Sabah)

3) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan (Kedah/Perlis)

4) Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (Perak)

5) Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene (Sarawak)

6) Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim (Kelantan / Terengganu)

7) Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah(Johor, Melaka)

8) Pengarah Urus Setia NKRA Bukit Aman Datuk Ayub Yaakob(Pahang)

9) Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid Datuk Seri Salleh Mat Rasid (Kuala Lumpur)

10) Timbalan Pengarah Cawangan Khas Persekutuan Datuk Leo Chong Cheong (Pulau Pinang)

11) Timbalan Pengarah 1 Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Abd Rahman Hussin(Selangor).

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan