PAS WP Kecewa Azmin Umum Peletakan Calon PKR Tanpa Persetujuan PR - Berita Semasa | mStar

PAS WP Kecewa Azmin Umum Peletakan Calon PKR Tanpa Persetujuan PR

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad (tengah) membacakan kenyataan media berhubung pengumuman calon Parlimen Labuan.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad (tengah) membacakan kenyataan media berhubung pengumuman calon Parlimen Labuan.

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan (WP) kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini beliau berkata kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya. .

"PAS WP berasa kesal dengan pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

"PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini, Jumaat.

Mohamad berkata PAS WP turut menegaskan bahawa pengumuman sebarang kerusi di WP perlu melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat WP.

"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam PR namun ia perlu diurus dengan baik.

"Sepatutnya perkara ini akan dapat diselesaikan melalui perbincangan.

"Kalau boleh dibincang di peringkat dalaman sebelum umum kepada media," katanya.

Pada Rabu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengumumkan parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen, iaitu di Labuan, Bera dan Setiawangsa.

Beliau dilaporkan berkata ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan