Nik Aziz Umum Pembubaran DUN Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nik Aziz (kanan) pada sidang media pembubaran Dewan Undangan Negeri di Kediaman Rasmi Menteri Besar malam tadi. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub (tengah). -fotoBERNAMA
Nik Aziz (kanan) pada sidang media pembubaran Dewan Undangan Negeri di Kediaman Rasmi Menteri Besar malam tadi. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub (tengah). -fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam Khamis mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan berkuat kuasa Khamis.

Beliau membuat pengumuman itu di kediaman rasminya di sini pada pukul 11.55 malam.

Ia dilakukan setelah Nik Abdul Aziz menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bagi mendapatkan perkenan baginda di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Pembubaran itu dibuat mengikut Fasal 2 Perkara 46 Perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.

Watikah pembubaran DUN kemudiannya akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tindakan lanjut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990 dan pada pilihan raya umum lalu menguasai 38 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan Barisan Nasional enam kerusi.

Namun pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November 2010, BN merampas kembali kerusi itu dari PAS.

Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menguasai lapan kerusi, BN (2), PKR (3) dan Bebas (1).

Tarikh akhir DUN Kelantan adalah pada 28 April ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan