Ibrahim Ali Akan Dedah Dua 'Rahsia' Pembangkang - Berita Semasa | mStar

Ibrahim Ali Akan Dedah Dua 'Rahsia' Pembangkang

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua 'rahsia' yang boleh 'mengejutkan' rakyat Malaysia akan didedahkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali selepas hari penamaan calon pilihan raya umum ke-13.

Katanya rahsia tentang pemilikan aset pemimpin pembangkang tertentu dan tentang kerjasama antara parti-parti pembangkang itu, boleh menggugat keyakinan para penyokong terhadap parti pembangkang.

"Saya mempunyai maklumat tentang dua rahsia ini iaitu berhubung masalah kerjasama antara PAS, DAP dan PKR serta maklumat tentang pemimpin tertentu yang menguasai aset tertentu dalam pakatan pembangkang tetapi tidak boleh didedahkan sekarang...dua perkara itu juga dijangka mampu mengejutkan rakyat Malaysia.

"Saya akan serahkan maklumat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin pada malam Sabtu dan terpulang pada beliau (Perdana Menteri) sama ada akan mendedahkannya atau tidak.

"Namun saya sendiri akan mendedahkannya sekiranya beliau tidak berbuat demikian. Saya berani pikul tanggungjawab itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau sebelum itu membuat laporan polis berhubung kewujudan akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya untuk menghantar berita-berita tidak benar mengenainya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini, Jumaat.

Ibrahim juga mengesahkan bahawa beliau akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas, Kelantan, namun masih merahsiakan nama parti politik yang akan diwakilinya.

Beliau berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) dapat menubuhkan kerajaan di Kelantan kerana pemerintahan PAS selama 23 tahun tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Ibrahim juga yakin rakyat Kelantan yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur sudah dapat menentukan kepimpinan yang bakal dipilih untuk mentadbir Kelantan di masa akan datang.

Berhubung laporan polis yang dibuatnya petang Jumaat, Ibrahim menggesa pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan seterusnya merujuk kes itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab.

"Tindakan ini dilihat cuba untuk mensabotaj saya... saya buat laporan ini bagi melindungi diri saya sebab macam-macam perkara boleh dikeluarkan dalam akaun ini dan mungkin boleh mengelirukan orang ramai memandangkan pilihan raya sudah hampir," katanya. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan