Hadnan Calon PAS Parlimen Labuan

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hadnan Mohamad
Hadnan Mohamad

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS kawasan Labuan, Hadnan Mohamad diumumkan sebagai calon parti itu bagi Parlimen Labuan (P166).

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad mengumumkan perkara tersebut di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa di sini, pada Jumaat.

"PAS tetap akan bertanding di Parlimen Labuan seperti yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ogos 2011.

"Pakatan Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan juga telah menyelesaikan pembahagian kerusi secara keseluruhannya," katanya.

Mengenai calon Labuan, Mohamad berkata Hadnan, 55, merupakan anak tempatan yang berasal dari Tanjung Aru dan kini berkhidmat sebagai 'Material Supply Coordinator ' dengan Sabah Shell Petroluem Company Limited.

"Hadnan juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden Sabah Petroleum Industrial Workers Union.

"Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang korporat serta tahap intelektual yang tinggi, PAS Wilayah Persekutuan percaya beliau adalah orang paling sesuai sebagai calon PAS (Pakatan Rakyat) di Labuan," katanya.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang akan menaja calon Bebas kerana ia akan menyebabkan pecah undi sekaligus menjejaskan peluang untuk menewaskan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan.

"Pada pilihan raya umum 2008 ada perkara yang mendukacitakan berlaku bila ada pihak menaja calon Bebas.

"Sekira PR nak kalahkan BN kita mesti biar pertembungan satu lawan satu..

"Kalau ini berlaku peluang ktia tipis kerana undi akan berkurangan disebabkan saingan tiga penjuru," katanya.

Beliau berharap isu pertindihan kerusi akan dapat diselesaikan segera kerana jika tidak ia akan memberi kesan jangka panjang.

"PAS WP menyeru semua ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat di Labuan agar tetap memilih calon PAS yang telah dipersetujui.

"PAS WP juga menggesa semua ahli dan penyokong mahupun pengundi menolak mana-mana calon Bebas yang akan bertanding di Labuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Yussof Mahal daripada Barisan Nasional menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat.

Difahamkan Lau merupakan calon Bebas yang ditaja oleh DAP.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan