BN Dijangka Dapat Kembali Majoriti 2/3 - Ahli Akademik

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mampu mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di Parlimen sekiranya tiada unsur sabotaj pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, menurut kajian seorang ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali meramalkan BN boleh memenangi minimum 150 kerusi Parlimen dan sekiranya sabotaj berlaku, BN akan mengekalkan status quo sekarang.

Berdasarkan 222 kerusi Parlimen, BN memiliki 137 kerusi, DAP (29), Parti Keadilan Rakyat dan PAS masing-masing 23, Bebas (8) serta Parti Sosialis Malaysia dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air masing dengan satu kerusi.

Kemenangan BN dengan majoriti dua pertiga boleh menjadi kenyataan jika tidak ada unsur mensabotaj calon BN, katanya kepada pemberita selepas berucap pada Seminar PRU ke-13: Memperkasakan Demokrasi di Dewan Senat, UKM, di sini Khamis.

Seminar itu anjuran Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, UKM membariskan ahli panel terdiri daripada Timbalan Pengarah Unit Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Amir Saifude Ghazali serta Ketua Program Sains Politik, UKM, Dr Muhammad Takiyyuddin Ismail sebagai moderator.

Mohd Fuad berkata jangkaan itu berdasarkan kajiannya bertajuk 'Persepsi dan Pola Pengundian Pengundi di Malaysia' dari 2010 sehingga Mac lalu membabitkan 14,500 responden dari seluruh negara.

"Berdasarkan kajian kita, antara faktor yang menentukan kemenangan BN kali ini ialah golongan muda beralih arah kepada kerajaan hasil program transformasi dilaksanakan yang berjaya membantu golongan sasarnya iaitu belia dan golongan miskin," katanya.

Mohd Fuad, ketika berucap pada seminar itu, berkata kajian yang dibuat dipecahkan kepada tiga tahap iaitu langkah memperkasa demokrasi, penilaian rakyat terhadap transformasi politik dan pilihan masyarakat menerusi kelangsungan demokrasi Malaysia.

Hasil kajian tersebut mendapati sebanyak 73.5 peratus responden mengatakan program seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), dan Program Rumah Rakyat 1Malaysia (PR1MA) berjaya meringankan beban kos hidup golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.

Sementara itu, Amir Saifude berkata bagi PRU-13 ini pengundi atas pagar dilihat bakal menjadi penentu kepada kemenangan parti politik yang akan membentuk kerajaan.

"Golongan pengundi atas pagar ini sebahagian besarnya adalah pengundi kali pertama yang mewakili 2.5 juta atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.

Mereka adalah terdiri golongan kelas menengah dan atasan, berpendidikan tinggi, berumur kurang 40 tahun dan majoritinya merupakan lepasan institusi pengajian tinggi," katanya ketika berucap pada seminar tersebut.

Amir Saifude berkata golongan itu dilihat kritikal kerana memantau prestasi parti atau calon bertanding melalui akses internet yang kerap, selalu membuat perbandingan dan pemilihan yang rasional.

"Golongan ini akan hanya memberikan undi kepada mana-mana parti yang boleh mempengaruhi mereka," katanya.

Katanya, dari segi komposisi kaum, pengundi atas pagar itu terdiri daripada masyarakat Cina 53 peratus, Melayu 37 peratus dan India 10 peratus.

"Hasil kajian mendapati pengundi atas pagar ini tidak dapat menyatakan pendirian parti politik pilihan mereka kerana tidak yakin dengan ahli politik, institusi politik, politik sedia ada dan politik gagal menarik minat mereka," katanya.

Amir Saifude berkata kajian UMCEDEL sepanjang 2011 hingga Januari 2013 mendapati jumlah pengundi muda yang mahu mengundi BN adalah 42 peratus dan pakatan pembangkang 37 peratus manakala 21 peratus masih tidak pasti. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan