ABU Pantau Pengundi Mencurigakan Pada PRU-13

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Asalkan Bukan Umno (ABU) akan memantau pengundi secara aman pada hari pengundian bagi memastikan tiada rakyat asing mengundi.

Pemimpin ABU, Haris Ibrahim telah mengumpulkan beberapa Skuad Tahan (Team ABU Halang Asing Undi) di seluruh negeri untuk 'menjaga kesucian proses pilihan raya'.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat ABU di sini Jumaat, Haris berkata, skuad tersebut yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan mendekati pengundi meragukan di pusat mengundi dan meminta mereka menunjukkan kad pengenalan.

Ahli skuad juga akan bertanya soalan seperti tempat lahir atau sekolah untuk mengesahkan pengundi itu bukanlah rakyat asing.

"Malaysia adalah milik rakyat dan sebarang cubaan untuk menipu hak asas kita tidak akan diterima," kata seorang sukarelawan ABU, Jason S Ganesan.

Haris berkata, Skuad Tahan akan bertindak secara sopan dan penuh hormat.

Sepanjang dua bulan lalu, ABU telah mengedarkan risalah amaran kepada rakyat asing untuk tidak mengundi pada pilihan raya akan datang.

Risalah itu ditulis dalam bahasa Urdu, Melayu, Burma dan Arab.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan