PRU-13: Jui Meng Muncul Semula...

Diterbitkan: Khamis, 4 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chua Jui Meng
Chua Jui Meng

PETALING JAYA: Selepas lebih dua minggu Datuk Chua Jui Meng 'menghilangkan' diri daripada aktiviti politik, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor itu akhirnya tampil bagi menjelaskan mengenai 'misteri kehilangannya'.

Beliau dijadualkan akan mengadakan sidang media pada Jumaat mengenai persediaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi negeri Johor serta kedudukannya sebagai Pengersui MPN negeri itu.

Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, Chua mengesahkan akan mengetuai sidang media berkenaan bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan sehingga beliau menemui media pada Jumaat.

"Saya tak mahu jawab apa-apa sekarang, tunggu esok (Jumaat)," katanya ringkas.

Adalah difahamkan Chua akan kembali menerajui PKR negeri selepas Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya 'memujuk' bekas naib presiden MCA itu dengan dijanjikan kerusi untuk beliau bertanding.

Pada Rabu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Mohamed Azmin Ali turut mengesahkan parti itu sedang meneliti kawasan yang sesuai untuk ditandingi Chua.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas hari ini (Khamis) bagi memuktamadkan senarai agihan kerusi serta menyelesaikan isu pertindihan kerusi antara komponen mereka iaitu PKR, PAS dan DAP.

Chua dilaporkan 'menghilangkan' diri sejak Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan pada 18 Mac lalu akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang dilobinya (Chua) sebelum ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Bakri sebelum digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada 2008, dilihat turut berharap untuk bertanding semula di kerusi yang pernah disandangnya itu atau kerusi Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum Lim mengumumkan hasratnya, ketegangan antara pakatan pembangkang lebih awal berlaku antara Chua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hou apabila kedua-duanya bertelagah merebut kerusi Gelang Patah untuk parti masing-masing.

Selepas 'kehilangan' Chua, kedudukannya sebagai Pengerusi MPN Johor diambil alih sementara oleh timbalannya, Dr Ahmad Faidhi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan