Lahad Datu: Polis Tahan Seorang Lagi Lelaki Bergelar 'Datuk Seri'

Diterbitkan: Khamis, 4 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis telah menahan seorang lelaki bergelar "Datuk Seri", Clarence Luing Karl @ Muhammad Khalil John L Karl (gambar) berhubung siasatan terhadap pencerobohan tentera Sulu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, "Datuk Seri" berusia 57 tahun itu telah ditangkap bersama tiga yang lain kira-kira pukul 10.30 malam di sebuah rumah di Tanjung Aru, Rabu.

"Semua empat lelaki telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012," katanya ketika dihubungi melalui telefon Khamis.

Polis tidak mendedahkan sebab-sebab penangkapan tetapi difahamkan ia adalah sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pembiayaan pencerobohan di Kg Tanduo pada 9 Februari lalu oleh kira-kira 200 lelaki bersenjata yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram.

Terdahulu, dalam minggu ini polis menahan seorang "Datuk Seri" dari Pulau Pinang untuk siasatan sama terhadap pencerobohan.

Clarence, dari Kampung Bawang di Tamparuli yang terletak kira-kira 40km dari sini bukan seorang yang dikenali penduduk tempatan.

Seorang penduduk Kg Bawang, yang enggan namanya disiarkan, berkata mengetahui Clarence tinggal di kawasan itu kira-kira empat dekad lalu.

"Kami tidak berapa tahu sangat di mana atau apa yang dia lakukan," katanya.

Hmaza berkata semua suspek akan ditahan selama 29 hari bagi tujuan penyiasatan di bawah undang-undang pencegahan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan