Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Ke Beberapa Kawasan di Myanmar

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Yangon menasihati rakyat negara ini agar tidak membuat perjalanan ke beberapa kawasan di Myanmar, melainkan kerana urusan yang benar-benar perlu, berikutan keganasan yang berlaku di sana.

Nasihat itu disiarkan dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Kawasan berkenaan ialah Meiktila, Mahlaing, Tharzi dan Wundwin di wilayah Mandalay dan Gyobingauk, Okpho, Min Hla, Nattalin serta Zegone di wilayah Bago, yang diistihar kerajaan Myanmar sebagai kawasan perintah darurat dan dikenakan perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi.

Kedutaan itu juga meminta rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan lain di Myanmar supaya sentiasa berhati-hati dan mengikuti laporan media untuk mengetahui perkembangan terkini di kawasan masing-masing.

"Jauhilah semua tempat yang mengadakan demonstrasi dan perhimpunan secara besar-besaran. Jika ada tanda-tanda akan berlaku kekacauan, rakyat Malaysia dinasihati kembali ke tempat tinggal masing-masing dengan segera dan jangan ke mana-mana sehingga keadaan kembali stabil," katanya.

Pada Isnin, Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata Kedutaan Malaysia di Yangon sedang membuat pemantauan rapi terhadap keadaan yang mengalami pergolakan teruk di Myanmar kerana Malaysia prihatin dengan keganasan yang dilakukan terhadap penduduk Islam negara itu di wilayah Mandalay dan Bago.

Kata kementerian itu walaupun Malaysia berpegang teguh dengan prinsip tidak campur tangan dalam hal ehwal negara-negara lain, namun ia meminta semua pihak yang terlibat dalam kejadian ganas baru-baru ini supaya mengelak daripada mengambil sebarang langkah yang boleh memburukkan lagi keadaan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan