Penjawat Awam Negeri Perak Dapat Insentif Tambahan RM500

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Rabu mengumumkan pemberian insentif tambahan sebanyak RM500 kepada setiap penjawat awam kerajaan negeri.

Beliau berkata pemberian yang akan dimasukkan dalam pembayaran gaji bulan ini melibatkan lebih 8,000 penjawat dengan peruntukan RM7.5 juta.

Ia sebagai menghargai usaha penjawat awam ekoran peningkatan hasil kerajaan negeri tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri menjangka kutipan hasil RM865 juta bagaimana kita berjaya mencapai RM905 juta," katanya.

Antara penjawat awam yang bakal menerima insentif itu ialah yang berkhidmat di Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran.

Zambry turut menyangkal pemberian itu sebagai 'gula-gula' pilihan raya. Beliau berkata tahun sebelum ini, kerajaan negeri juga memberi insentif tambahan.

Sementara itu beliau berkata mesyuarat exco hari ini merupakan yang terakhir sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Beliau dijadual mengadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah petang ini untuk memohon perkenan pembubaran DUN. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan