PAS Tiada Masalah Jika Parlimen Bubar Hari Ini -Nik Aziz - Berita Semasa | mStar

PAS Tiada Masalah Jika Parlimen Bubar Hari Ini -Nik Aziz

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Nik Aziz Nik Mat
Datuk Nik Aziz Nik Mat

KOTA BAHARU: PAS tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan pada Rabu, kata Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Senarai calon, kita kira sudah selesai...tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia pada Selasa yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Akhbar berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir pada mesyuarat kabinet pada Rabu lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud berkata hari terakhir tempoh mandat lima tahun DUN berkenaan ialah pada 28 April ini. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan