Kelantan Tak Tangguh Pembubaran DUN - Nik Aziz

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan tetap dibubar sejajar dengan pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak akan mengubah perkara itu walaupun kerajaan negeri masih boleh menangguh pembubaran DUN.

"Kelantan boleh tangguh seminggu lagi, tak ada apa, (tapi) saya tak suka kerja-kerja provok(asi), saya tak mahu dan saya akan buat sebagaimana yang saya kata dahulu," katanya.

Nik Abdul Aziz bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Darul Naim di sini, Rabu.

Dalam pada itu, beliau dijadual menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Telipot di sini malam Khamis bagi mendapat perkenan baginda untuk pembubaran DUN Kelantan.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sebelum itu akan menghadiri mesyuarat bersama menteri besar dan ketua menteri negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang yang lain di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Selangor petang Khamis.

"Balik daripada mesyuarat, saya akan bawa benda (perkara dalam mesyuarat) untuk menghadap Tuanku dan terserah kepada Tuanku untuk menentukan bila pembubaran DUN Kelantan.

"Saya akan menghadap Tuanku di Istana Telipot selepas Tuanku menghadiri majlis penutup Tilawah al-Quran peringkat negeri di Balai Islam, Lundang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Kelantan di kediamannya di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

PAS telah memerintah Kelantan sejak 1990 dan pada pilihan raya umum lalu menguasai 38 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan Barisan Nasional enam kerusi.

Namun pada pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 Nov 2010, BN merampas kembali kerusi itu dari PAS.

Bagi kerusi Parlimen di Kelantan, PAS menguasai lapan kerusi, BN (2), PKR (3) dan Bebas (1). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan