DUN Sabah Dibubar Hari Ini: Musa Aman - Berita Semasa | mStar

DUN Sabah Dibubar Hari Ini: Musa Aman

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin memberi keizinan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mengesahkan perkara itu pada sidang media di kediaman rasminya di Sri Gaya di sini sejurus selepas bertemu Tun Juhar di Istana Negeri pada Rabu.

Awal pagi Rabu, Musa mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Wisma Innoprise.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan