DUN Melaka Dibubar Hari Ini

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubar pada Rabu serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembubaran itu selepas mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Seri Negeri di sini pada 1 tengah hari bagi menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN.

Beliau berkata, pembubaran tersebut mengikut Fasal (2) Perkara 19, Perlembagaan Negeri Melaka Bahagian II.

"Kerajaan akan berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sehingga hari pengundian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri terakhir di Pejabat Ketua Menteri di sini.

Sementara itu, Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad menyerahkan notis pengisytiharan pembubaran DUN kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Melaka Haelmy Mohd Hanifah.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) memenangi lima daripada enam kerusi Parlimen dan 23 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan di Melaka.

Sementara DAP memenangi satu kerusi Parlimen di Kota Melaka, dan lima kerusi DUN iaitu Kesidang, Kota Laksamana, Banda Hilir, Bachang dan Ayer Keroh.

Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi suku tahun 4/2012 yang diwartakan pada 22 Februari tahun ini, seramai 439,869 pemilih layak mengundi di negeri Melaka.

Daripada jumlah itu, seramai 14,563 orang merupakan pengundi pos. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan