BN Dijangka Senarai Lebih Ramai Calon Wanita Bertanding Di N. Sembilan

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Lebih ramai wanita dijangka akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, ia berdasarkan bilangan wanita dalam senarai calon yang dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti untuk dipertimbang kali ini di mana melebihi jumlah yang dikemukakan pada PRU lalu.

"Namun nama calon ini hanya cadangan di peringkat negeri dan akan diputus dan dimuktamadkan oleh presiden parti dan jawatankuasa pada peringkat penamaan calon nanti.

"Pertambahan ini bertujuan agar lebih ramai wanita diberi peluang menjadi calon sekali gus membawa suara wanita dalam sidang DUN apabila menang kelak," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini Rabu.

Katanya, langkah itu juga sebagai mengiringi dasar kerajaan yang mahu lebih ramai wanita terlibat atau diberi tempat dalam jawatan pembuat dasar atau keputusan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta.

Pada PRU-12, BN meletakkan seorang calon wanita bagi mewakili parti itu iaitu Datuk Zainab Nasir yang bertanding di kerusi DUN Gemas dan menang dengan majoriti 7,965 undi.

Mengulas berhubung persediaan BN negeri menghadapi PRU-13, Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, semua jentera parti telah lama bersedia dan kini semakin bersemangat selepas pembubaran Parlimen diumumkan Perdana Menteri pada Rabu.

Selain itu katanya, Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi di negeri ini juga sudah berada dalam keadaan bersiap sedia terutama bagi menguruskan pengundi dari luar kawasan.

"Cumanya saya juga ingin berpesan kepada ahli parti termasuk kepada calon yang tidak dipilih semula, supaya tidak mensabotaj parti pada PRU-13 kerana pada 2008 kita berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman dan kita tidak mahu ia berulang pada 2013," katanya.

DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kawasan telah terbubar secara automatik pada 28 Mac lepas apabila mandat lima tahun selepas PRU-12 mencapai tempoh matang sehari sebelum itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan