Azizan Belum Dapat Senarai Akhir Calon PAS Daripada Pusat

Diterbitkan: Rabu, 3 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau masih belum menerima daripada PAS pusat, senarai akhir calon-calon PAS yang bakal bertanding, pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata mengikut tradisi PAS Kedah, pengumuman dilakukan untuk senarai penuh calon yang bertanding di negeri ini. "... PKR (Parti Keadilan Rakyat) pun tak selesai lagi calon DUN dia.

"Kita ada beberapa strategi, tapi baik umum awal. Macam kes Baling, umum awal sebab dia (Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad) baru masuk politik, nak dedah kepada rakyat," katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Pada Selasa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan anggota Majlis Tertinggi PAS sebulat suara bersetuju menamakan bekas pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu sebagai calon menggantikan Taib Azamudden bagi kerusi Parlimen Baling. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan