Tolak Pemimpin Amal Perlakuan LGBT - Puad Zarkashi

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Rakyat perlu menolak pemimpin yang secara terang-terangan mengamalkan perlakuan tidak bermoral dan kehidupan songsang, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Katanya pemimpin yang mengamalkan kehidupan sebagai seorang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) atau pemimpin yang menyokong kumpulan LGBT dikhuatiri akan membawa kehancuran kepada generasi akan datang dan memporak-perandakan negara sekiranya tidak ditolak.

"Kita tidak boleh biarkan negara mempunyai pemimpin yang sokong gerakan LGBT, apatah lagi sebagai pengamal LGBT kerana perbuatan sedemikian kita bimbang akan mempengaruhi kepimpinannya dan merosakkan masa depan generasi muda.

"Rakyat akan jadi lebih liberal seperti pemimpinnya kerana dia akan membenarkan apa saja amalan yang tidak sesuai dalam masyarakat kita dibawa masuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keibubapaan mengenai 'Menangani Isu LGBT' di Dewan Konvensyen Pekan di sini, Selasa.

Beliau berkata seorang pemimpin perlu bersih dari segala amalan yang bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia dan sekiranya telah terbukti pemimpin itu terpalit dengan isu LGBT, dia seharusnya meletakkan jawatan dan mengundurkan diri. "Namun tindakan mengundurkan diri ini tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin pembangkang, dia akan nafikan apa saja tuduhan walaupun pelbagai bukti telah ada tetapi kalau perkara sedemikian berlaku kepada pemimpin Umno, mereka terus akan letak jawatan," katanya.

Mohd Puad yang juga Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata apa yang membimbangkan pada masa ini adalah terdapatnya pengikut pemimpin terbabit secara terbuka menerima pemimpin tersebut walaupun mengetahui dia mengamalkan perlakuan LGBT.

"Mereka sudah tidak peduli pemimpin mereka LGBT atau tidak, yang penting dia bela nasib rakyat dan di sini kita berdepan dengan satu cabaran dengan kepelbagaian pemikiran rakyat," katanya.

Seminar sehari itu dihadiri lebih 1,000 peserta dengan dua kertas kerja dibentangkan dua anggota panel iaitu Pengerusi Majlis Permuafakatan PIBG Sekolah-sekolah Putrajaya Datuk Shahlan Ismail serta perunding kaunseling dan motivasi Hushim Salleh.

Turut diadakan ialah sesi perkongsian pengalaman dengan dua individu yang pernah terlibat dengan gejala LGBT yang dikendalikan Hushim. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan