Spekulasi Tidak Layak Bertanding Hanyalah Fitnah - Ahmad Said

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata cakap-cakap politik beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah spekulasi dan khabar angin.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu menyifatkan adalah tidak logik jika beliau tidak meletakkan nama sendiri dalam senarai calon ketika bertemu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Ramai yang berfitnah-fitnah kerana kini adalah zaman sains dan teknologi dan dasar langit terbuka. Semua ada kemudahan, dan mereka tulis apa yang hendak dituliskan sehingga kadang-kadang tidak ada asas, maka itulah terjadi fitnah.

"Takkanlah saya nak serah tanpa bubuh nama sendiri. Perkara ini tidak logik sebab saya sendiri sudahpun berbincang dengan PM," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung calon yang bakal bertanding pada PRU13 oleh individu tidak dikenali.

Terdahulu, Ahmad merasmikan Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu yang dihadiri lebih 1,000 wakil pendidik seluruh negeri itu.

Beliau berkata penyebaran spekulasi itu boleh menyebabkan perselisihan sehingga parti menjadi lemah dan berpecah-belah.

Katanya, isu calon BN Terengganu sudah diselesaikan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, oleh itu ia bukan lagi menjadi halangan dan kebimbangan kepada parti untuk bertanding.

"Senarai nama telah lengkap. Cuma tidak boleh nak beritahu lagi kerana takut saat-saat akhir ada pertukaran. Dalam politik ini, apa sahaja boleh berlaku kecuali bila serah, baharu isytihar kepada calon," katanya.

Sehubungan itu, Ahmad meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin berkaitan calon yang bakal bertanding kerana ia boleh mengusutkan keadaan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan