SK Tanjung Labian. SK Lok Buani, Felda Sahabat Dibuka Isnin Ini

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Labian dan SK Lok Buani, Felda Sahabat, dekat sini yang ditutup hampir sebulan ekoran pencerobohan militan Sulu, akan dibuka semula untuk sesi persekolahan mulai Isnin.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata keputusan itu dibuat selepas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memaklumkan bahawa keadaan dan tahap keselamatan di kawasan itu kembali pulih dan semakin baik.

Kementerian akan mengadakan pelbagai program khas untuk memastikan pelajar di kedua-dua sekolah itu tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka ekoran sekolah tersebut ditutup hampir sebulan, katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Kedua-dua sekolah itu mempunyai 30 guru dan 600 murid.

Beliau berkata antara program yang akan dilaksanakan ialah kelas tambahan untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolan Rendah (UPSR) dan sesi kaunseling untuk guru yang trauma dengan insiden pencerobohan itu.

Pihaknya juga akan mengusahakan bantuan seperti pakaian sekolah, buku dan alat tulis untuk murid yang terjejas, katanya.

Abdul Ghafar berkata pihaknya juga akan menilai jumlah kerosakkan harta benda sekolah, serta harta benda peribadi milik guru yang hilang di kuarters guru susulan daripada insiden pencerobohan itu.

"Guru-guru diminta senaraikan kerugian yang dialami untuk dinilai pejabat pelajaran daerah," katanya yang turut mengucapkan tahniah kepada pasukan keselamatan atas kejayaan mereka mempertingkatkan keselamatan di kawasan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan