PRU-13: Guan Eng Tarik Balik Keputusan Lawan Teng

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menarik balik keputusan untuk bertanding dengan Ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Lim berkata beliau sudah maklum "permainan politik" yang dimainkan oleh Teng dan tidak akan melayan syarat-syarat yang ditentukannya.

"Saya telah ditipu oleh beliau (Teng) selepas menerima syarat tidak masuk akal beliau untuk tidak bertanding kerusi Parlimen dan hanya bertanding untuk kerusi DUN," kata Lim, dalam sidang akhbar di Komtar di sini, Selasa.

Pada Isnin, Teng mengekalkan keputusan bertanding menentang Lim dalam pilihan raya umum akan datang dengan berkata beliau (Teng) akan memutuskan kerusi mana untuk bertanding.

Teng berkata sebaik sahaja Lim menerima syarat, beliau (Teng) akan menamakan kerusi.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum ini berkata beliau hanya akan bersemuka dengan Teng untuk kerusi negeri, Padang Kota.

Beliau berkata, jika Teng bersetuju, beliau (Lim) tidak akan bertanding kerusi Parlimen.

Sehubungan itu Teng dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan Lim dalam pilihan raya dengan syarat pemimpin BN itu diberi pilihan untuk bertanding di kerusi negeri mana.

Sebelum ini Teng adalah ADUN selama tiga penggal sebelum kehilangan kerusi pada tahun 2008. Kerusi itu kini dipegang oleh Chow Kon Yeow dari DAP.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan