PM Umum Saguhati RM1,000 Untuk 40,000 Kakitangan Petronas

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Warga Petronas di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Selasa. -fotoBERNAMA
Najib berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Warga Petronas di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Selasa. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju dengan keputusan Lembaga Petronas untuk memberikan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada 40,000 kakitangannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pembayaran RM1,000 itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas.

"Lembaga dan pengurusan Petronas mengesyorkan kepada saya dan saya bersetuju dengan pembayaran sekali sebanyak RM1,000 kepada semua kakitangan Kumpulan Syarikat Petronas," kata beliau kepada kakitangan Petronas pada satu pertemuan di sini, Selasa.

Najib juga berkata Petronas menyumbang RM1 bilion kepada Kumpulan Wang Amanah Negara tahun lepas.

"Dana ini dibentuk pada 1988 dan diuruskan oleh Bank Negara Malaysia. Sehingga 2009, Petronas menyumbang secara konsisten sebanyak RM100 juta setiap tahun kepada dana itu," kata beliau.

Pada 2010, beliau berkata, Petronas menyumbang RM500 juta dan pada 2011, perbadanan itu menyumbang sebanyak RM1 bilion.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Najib mengumumkan Petronas menyumbang RM1 juta kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis.

Beliau juga mengumumkan Lembaga Petronas memutuskan untuk menyumbang RM20,000 kepada keluarga setiap wira negara yang terkorban di Lahad Datu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan