PM Akan Bincang Penyelesaian Berhubung Pengiktirafan UEC Memasuki IPTA

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi tidak lama lagi bagi mencari penyelesaian yang boleh diterima semua pihak berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA).

Dalam satu kenyataan bersama oleh Najib dan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong), ia berkata perjumpaan hari ini antara lain berbincang mengenai isu berkaitan pengiktirafan UEC yang berkait dengan permohonan untuk memasuki IPTA.

"Ada perbincangan mengenai keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA.

"Perbincangan juga diadakan mengenai isu akreditasi kepada subjek Bahasa Malaysia UEC," kata kenyataan itu.

Hari ini, Najib menemui enam wakil Dong Zong di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini.

Najib menjadi Perdana Menteri pertama mengadakan pertemuan dengan Dong Zong sejak ia ditubuhkan 59 tahun lalu.

Dong Zong diketuai pengerusinya, Dr Yap Sin Tian, timbalan pengerusi Chow Siew Hon, naib-naib pengerusi Kho Hai Meng dan Wang Toon Jui, setiausaha agung Poh Chin Chuan dan bendahari Lim Kock Chai.

Dalam pertemuan bersejarah selama sejam hari ini, Najib dan wakil Dong Zong juga berbincang dan bertukar pandangan demi kebaikan pendidikan Cina di Malaysia.

Sementara itu, Yap berkata Dong Zong berharap untuk mendengar berita gembira daripada perdana menteri hari ini, bagaimanapun, terdapat beberapa masalah teknikal mengenai akreditasi subjek Bahasa Malaysia dalam UEC yang memerlukan perbincangan lebih lanjut.

"Kita berharap mendapat khabar gembira tidak lama lagi, mungkin sebelum pilihan raya umum," katanya kepada pemberita. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan