PKR Akur Lepas Parlimen Temerloh

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang merestui keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk melepaskan kerusi Parlimen Temerloh yang ditandingi parti itu pada 2008 kepada sekutu mereka iaitu PAS.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, parti itu akur walaupun kerusi Parlimen Temerloh terpaksa dilepaskan kepada PAS.

"Tak mengapa, kita setuju. Apabila PAS umumkan calon di Temerloh, itu maknanya sudah dibincangkan di peringkat atasan," katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Bagaimanapun Fauzi yang turut dinamakan sebagai calon PKR di Parlimen Indera Mahkota enggan mengulas lanjut mengenai kerusi yang ditukar ganti selepas Parlimen Temerloh kembali ke tangan PAS.

"Tunggu nanti senarai penuh, jangan buat spekulasi," katanya sambil turut menolak untuk mengulas sama ada pakatan pembangkang akan mengekalkan status quo di Pahang atau tidak.

Pahang mempunyai 14 kerusi Parlimen. Pada PRU 2008, PKR dan PAS masing-masing bertanding di enam kerusi Parlimen sementara DAP di dua kerusi.

Fauzi mengulas mengenai pengumuman PAS yang menamakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pada PRU 2008, Parlimen Temerloh ditandingi calon PKR, Ahmad Nizam Hamid namun tewas dengan majoriti 2,441 undi kepada calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Pencalonan Nasrudin di Temerloh dikatakan sebagai 'tebus' kembali kerusi milik PAS yang hanya 'dipinjamkan' kepada PKR pada 2008.

Sejak 2004 kerusi Parlimen Temerloh ditandingi calon PAS Idris Omar namun kalah dengan majoriti 12,607 undi kepada calon BN, Datuk Mohd Sarit Yusoh.

Sementara itu Nasrudin ketika dihubungi bagi mengulas mengenai pemilihannya bertanding di kerusi berkenaan berkata, beliau yakin kepimpinan tertinggi PAS bersama pakatan pembangkang sudah mencapai kata sepakat berhubung pembahagian kerusi terutamanya di Pahang.

"Bila perkara ini diumumkan secara rasmi maka saya yakin segala isu mengenainya sudah diperhalusi dan dipersetujui.

"Apabila diberi amanah ini, saya akan pikul dengan sebaik mungkin," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan