Perkhidmatan Naib Canselor UMP Disambung Untuk Tempoh Dua Tahun Lagi

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim yang akan tamat tempoh sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Mei depan, akan disambung lagi perkhidmatannya bagi tempoh dua tahun lagi.
Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim yang akan tamat tempoh sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Mei depan, akan disambung lagi perkhidmatannya bagi tempoh dua tahun lagi.

KUANTAN: Tempoh perkhidmatan Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim yang akan tamat Mei depan disambung untuk dua tahun lagi.

Surat pelantikan semula Daing yang mula menerajui UMP sejak 16 Mei 2008 itu diterima pada 21 Mac lepas daripada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Prof Dr Daing, pelantikan itu berkuat kuasa 16 Mei ini selepas tempohnya sebagai Naib Canselor tamat pada 15 Mei 2013.

Beliau yang berkelulusan PhD dari Universiti of Dundee, United Kingdom, sebelum ini pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memegang beberapa jawatan utama di universiti-universiti tempatan lain.

"Saya sangat yakin dengan perkembangan UMP dan akan terus berazam untuk terus membawa UMP ke arah kecemerlangan selari dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan Pelan Strategik UMP 2011-2015," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau pernah menerima pengiktirafan 2010 Academy for Global Business Advancement (AGBA) Life-time Achievement Award dalam Kongres Antarabangsa AGBA kali ketiga dan juga AGBA Fellow pada Kongres kesembilan AGBA yang diadakan di Ajman University of Science and Technology, UAE tahun lepas.

Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Profesor Tamu di College of Management, Hebei University, China dan pernah berkhidmat sebagai Profesor Tamu di College of Industrial Management, King Fahd University of Petroleum and Mineral (KFUPM), Arab Saudi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan