Pendaftaran Ubat Mati Pucuk Dibatalkan - KP Kesihatan

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihat berhenti menggunakan pil tradisional 'Sta-lions' kerana dikesan mengandungi racun berjadual 'tadalafil' yang boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah telah membatalkan pendaftaran produk itu pada 28 Mac setelah dikesan mengandungi racun yang boleh menyebabkan pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat berbahaya, strok dan serangan jantung.

Pemegang lesen bagi produk itu ialah Together Link Enterprise, Pulau Pinang dan pengilangnya DZ Trade (Malaysia) Sdn Bhd di Kedah, katanya dalam satu kenyataan. Katanya, tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat mati pucuk dan sebelum ini ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.

Mereka yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta, katanya.

Individu yang melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan