PAS Tiada Masalah Jika Parlimen Bubar Esok -Nik Aziz - Berita Semasa | mStar

PAS Tiada Masalah Jika Parlimen Bubar Esok -Nik Aziz

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Datuk Nik Aziz Nik Mat
Datuk Nik Aziz Nik Mat

KOTA BAHARU: PAS tidak menghadapi sebarang masalah sekiranya Dewan Rakyat dibubarkan esok, kata Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Senarai calon, kita kira sudah selesai...tiada masalah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini, Selasa.

Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang membayangkan kemungkinan pembubaran itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

Akhbar berkenaan membuat andaian itu berikutan apa yang disifatkan sebagai arahan supaya anggota Jemaah Menteri lelaki hadir pada mesyuarat kabinet esok lengkap berpakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Sebelum ini, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata kerajaan negeri Kelantan dijangka dibubarkan serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Nasuruddin Daud berkata hari terakhir tempoh mandat lima tahun DUN berkenaan ialah pada 28 April ini. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan