PAS Ramal PRU-13 Penghujung Mei

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Disebalik teka-teki bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat, PAS bagaimanapun meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membubarkan Parlimen selepas Sidang Kemuncak Asean yang berlangsung pada 24 hingga 25 April ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, ramalan penangguhan pembubaran Parlimen sehingga tarikh berkenaan dilihat sesuai untuk diadakan pilihan raya pada penghujung Mei.

"Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean, jadi tidak mungkin Parlimen akan dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu kerana beliau pastinya mahu menghadiri persidangan berkenaan sebagai 'Perdana Menteri penuh'.

"Tidak mungkin beliau akan pergi sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, Selasa.

Jelas Mustafa lagi, penghujung Mei adalah tarikh akhir untuk diadakan pilihan raya kerana Perdana Menteri perlu mengambil kira situasi di Negeri Sembilan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) itu terbubar sendiri pada 28 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan pilihan raya di Negeri sembilan dan tempoh itu akan berakhir pada 27 Mei.

Sebelum ini SPR berkata pihaknya berharap pilihan raya bagi Parlimen dan DUN dapat diadakan secara serentak.

"Jika mengambil kira tarikh terbubarnya DUN Negeri Sembilan, maka Najib mempunyai masa yang cukup apabila bubarkan Parlimen pada 26 atau 27 April.

"Masa itu sempat untuk SPR umum hari penamaan calon dan kemudian tempoh berkempen mungkin selama 11 hari atau dalam masa dua minggu...kemudian diadakan pilihan raya selewat-lewatnya 27 Mei," katanya.

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan PRU-12 akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan