PAS Gugur Taib Azamuddin, Pilih Ketua Pemuda Calon Temerloh

Diterbitkan: Selasa, 2 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuddin Md Taib (gambar) digugurkan daripada senarai calon PAS yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Tempat Taib akan diganti oleh muka baru, iaitu Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad.

Najmi yang juga adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad turut diumumkan menyertai PAS pada Selasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mengumumkan demikian turut menamakan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Temerloh.

Pada PRU 2008 Nasrudin bertanding sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Maran namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Sementara itu bagi kerusi Parlimen Titiwangsa pula, PAS mempertaruhkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Zamri Asa'ad Khuzaimi sebagai calon.

Kerusi Parlimen Titiwangsa sebelum ini dimenangi Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali dengan majoriti 1,972 mengetepikan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Mohd Tahir.

Mengulas mengenai pengguguran Taib Azamudden, Abdul Hadi berkata keputusan berkenaan dibuat berdasarkan faktor kesihatan bekas imam Masjid Negara itu.

"Datuk Taib tidak lagi dicalonkan di mana-mana kerusi pada PRU ini. Keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

"Beliau perlukan rawatan, jadi tidak bertanding," katanya.

Taib Azamudden merupakan Ahli Parlimen Baling selama dua penggal sejak 1999.

Bagaimanapun pada PRU 2004, beliau tewas kepada calon BN, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Namun pada PRU 2008, Taib Azamudden merampas kembali kerusi berkenaan selepas menewaskan Datuk Abd Azeez Abdul Rahim daripada BN dengan majoriti 7,613 undi.

Ditanya mengenai pemilihan Najmi yang baru menyertai PAS mampu menarik sokongan pengundi bagi mengekalkan kedudukan parti itu di Baling, Abdul Hadi berkata pihaknya yakin bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia itu akan diterima pengundi.

"Beliau merupakan seorang tokoh di Baling dan sememangnya anak kelahiran Baling," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan